Gambar mayat penceroboh bertaburan di Semporna


Gambar mayat penceroboh bertaburan di Semporna - Serangan hendap yang dilancarkan oleh sekumpulan askar penceroboh di Kampung Simunul, Semporna pada sabtu lepas telah mengorbankan sejumlah enam orang pegawai polis negara. Bagaimanapun, kematian mereka ini tidak sia-sia kerana kumpulan penceroboh juga kehilangan lapan orang anggota mereka yang turut terbunuh. Berikut ialah beberapa gambar mayat penceroboh yang bertaburan di daerah Semporna. Jangan tengok kalau ada di antara korang menghidap masalah lemah jantung atau mudah muntah-muntah.










Awie bakal buka tiga lagi Kelab Malam tahun ini di Kuala Lumpur, Johor dan Pahang


Awie bakal buka tiga lagi kelab malam tahun ini - Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baru.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.


“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.


Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal. - mStar


Mohamad Hanafi kutuk pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu


Mohamad Hanafi kutuk pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu - Seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali Mohamad Hanafi telah menulis satu kenyataan di Facebooknya yang berbunyi penghinaan kepada para pegawai polis yang telah terkorban. Hanafi menganggap pegawai polis yang telah terkorban sebagai bodoh dan sengaja ingin membunuh diri. Dengan semua orang sedang takut dan bersedih atas kehilangan beberapa wira negara, ada pula individu tertentu yang bersikap sedemikian. Tidak tahu langsung menghargai pengorbanan orang lain hingga nyawa melayang. Korang boleh baca kenyataan Hanafi di bawah.



Gambar dan biodata pegawai polis yang terkorban di Semporna


Gambar dan biodata pegawai polis yang terkorban di Semporna - "JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG". Inilah sahaja yang dapat diungkapkan kepada enam orang barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara di Semporna semalam. Memang begitu menyedihkan namun juga amat membanggakan kerana kematian mereka untuk berjuang mempertahankan kedaulatan Sabah yang telah dicerobohi lanun Sulu sejak 9 Februari 2013 yang lepas.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel


Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit


Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon


Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran


Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran


Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Semoga dengan pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. - PDRM


Gambar cantik Fazura di Bella Awards 2013


Gambar cantik Fazura di Bella Awards 2013 - Majlis Bella Awards 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam sabtu lepas (2 Mac 2013) dengan meriah dan jayanya. Jom layan beberapa gambar cantik dan menawan Fazura yang tidak ketinggalan hadir ke majlis berkenaan.








Tentera ambil alih dari polis, bakal lancar serangan pemusnah dalam masa 24 jam


Tentera ambil alih dari polis, bakal lancar serangan pemusnah dalam masa 24 jam - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.



Senarai nama dan jawatan pegawai polis yang terkorban di Semporna


Senarai nama dan jawatan pegawai polis yang terkorban di Semporna -Seperti yang korang sedia maklum, selain dua pegawai polis yang terkorban di daerah Lahad Datu, enam lagi pegawai polis lain yang turut terkorban di daerah Semporna sejak semalam. Berikut ialah senarai nama dan jawatan enam pegawai polis berkenaan. Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa masing-masing di atas kehilangan orang tersayang.

Daerah Lahad Datu


1) Inspektor Zulkifli B. Mamat
2) Koperal Sabaruddin B. Daud

Daerah Semporna


1) Superintendent (SP) Ibrahim bin Lebar - SB Bkt Aman
2) Assistant Superintendent (ASP) Michael Padel - KCKD Semporna
3) Sarjan Baharin bin Hamit - SB
4) Sarjan Abd Aziz bin Sarikun 
- PGA Semporna
5) Koperal Salam bin Togiran - SB Tawau
6) Lans Koperal (L/kpl) Mohd Azrul bin Tukiran - PGA Semporna




Statistik terkini jumlah kematian pegawai polis dan penceroboh setakat 3 Mac 2013


Statistik terkini jumlah kematian pegawai polis dan penceroboh setakat 3 Mac 2013 - Berikutan pencerobohan daerah Lahad Datu oleh askar Kesultanan Sulu pada 9 Februari 2013 yang lepas, pihak polis telah bertindak mengepung kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu. Di sinilah bermula episod serangan hendap askar penceroboh yang akhirnya mengorbankan beberapa pegawai polis negara.


Seperti yang korang sedia maklum, Jamalul Kiram III yang mengaku merupakan keturunan Sultan Sulu tidak akan berundur dari Sabah jika tuntutannya ke atas tanah mereka di Lahad Datu tidak dilayan oleh kerajaan Filipina. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian pegawai polis dan penceroboh setakat jam 11 malam, 3 Mac 2013.

Anggota polis terkorban - 8 orang
Askar penceroboh yang terbunuh - 21 orang


Lagi seorang pegawai polis terkorban di Semporna dan 6 penceroboh dibunuh


Lagi seorang pegawai polis terkorban di Semporna dan 6 penceroboh dibunuh - Berdasarkan maklumat terkini yang disiarkan melalui nota kecil di bawah saluran TV3, seorang lagi pegawai polis terkorban dan enam penceroboh dibunuh. Maklumat ini juga disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebentar tadi di TV3. Kematian pegawai polis ini menjadikan jumlah anggota polis yang terkorban adalah seramai lapan orang. Adakah ini dikatakan terkawal seperti yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar? Memang menyayat hati dan menyedihkan keadaan yang sedang berlaku di Lahad Datu dan Semporna.



Gambar mayat lanun Sulu bersenjata M-16 dibelasah hingga mati penduduk Semporna


Gambar mayat lanun Sulu bersenjata M-16 dibelasah hingga mati penduduk Semporna - Tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna kerana berani bertindak mempertahankan diri dengan membelasah hingga mati seorang lanun Sulu yang bersenjatakan senjata M-16. Lanun Sulu berkenaan dipercayai menjadikan salah seorang penduduk Kampung Senallang Lama sebagai tebusannya.


Keberanian yang ditunjukkan oleh penduduk Semporna membuktikan rakyat Sabah tidak takut dengan ugutan dan serangan dari lanun Sulu. Mungkin kerana kecewa dengan kredibiliti pasukan keselamatan yang tewas sebelum berjuang, maka penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.


Lagi 500 tentera Kesultanan Sulu mendarat di Sepanggar dan Pitas?


500 Tentera Kesultanan Sulu mendarat di Sepanggar Bay dan Pitas - Berdasarkan sumber SMS yang diterima oleh Bo Tiza Arthur Disimon tengah malam tadi, dipercayai seramai 500 orang tentera Kesultanan Sulu telah mendarat di kawasan Sepanggar Bay dan Kg. Inaruntung, Pitas. Bagaimanapun, kesahihan maklumat ini belum dapat dipastikan, cuma ianya seharusnya menjadi amaran awal kepada penduduk di kawasan berkenaan agar berhati-hati dan tidak terlalu kerap keluar rumah. Korang boleh baca SMS yang telah diterima oleh Bo Tiza Arthur Disimon tengah malam tadi di bawah.



Lima pegawai polis terbunuh di Semporna - Tan Sri Ismail Omar


Lima pegawai polis terbunuh di Semporna - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi, menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.



Gambar karpet merah Festival Filem Malaysia 25 Part 2 (29 Photo)


Gambar karpet merah Festival Filem Malaysia 25 (FFM 25) Part 2 - Entri ini merupakan sambungan kepada entri gambar karpet merah Festival Filem Malaysia 25 (FFM 25) Part 1. Jom layan lagi 29 keping gambar karpet merah selebriti Malaysia yang sempat hadir ke Festival Filam Malaysia (FFM25) semalam.